Khamis, 9 Disember 2010

cara MenDaPAtkan ketenaNGan HATi......


Pertama : Membanyakkan zikrullah (mengingati Allah) sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ar Ra’d ayat 28 yang tafsirnya :

“Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

Kedua : Melaksanakan segala perintah Allah Subhanahu Wata’ala iaitu mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa jua larangan-Nya. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al-Lail ayat 5-10 yang tafsirnya :

“Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya) serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya, orang yang bakhil daripada berbuat kebajikan dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan”.

Ketiga : Menyucikan jiwa iaitu dengan cara menjauhi diri daripada segala sifat mazmumah (sifat yang tercela) seperti sifat tamak, hasad dengki, takabur (menyombong diri), riyak, cinta kepada dunia dan kemegahannya dan yang seumpamanya. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah Asy-Syams ayat 9-10, tafsirnya :

“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih dengan iman dan amal kebajikan. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya dengan sebab kekotoran maksiat”.

Sesungguhnya kekuatan iman adalah berperanan sebagai benteng dalam mengharungi cabaran di dunia ini. Oleh itu, hanya dengan kembali kepada ajaran agama dan mempraktikkannya sahajalah jiwa manusia itu akan terselamat dari kegelisahan dan kekusutan. Ingatlah! Jangan hanya disebabkan kesibukan kita mengejar kesenangan, kemewahan atau kemegahan dunia mengakibatkan kita lupa kepada agama. Dan ketahuilah Allah Subhanahu Wata’ala telah memberikan jaminan bahawa manusia yang ikhlas dalam melaksanakan ajarannya sahajalah yang hanya akan mempunyai hati yang tenteram, aman dan sentosa. Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’ala sentiasa memberikan ketenangan jiwa kepada kita semua. Amin Ya Rabbal’alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ar Ra’d ayat 28, tafsirnya :

“Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan